Riuh rendah sungguh kampung laman
Sapa salam sahut - sahutan
Garis wajah senyum pun terukir
Budak budak ke hulu hilir

Ziarahi jiran sanak saudara
Lupakan lungka sengketa
Luhur jiwa raga jujur bicara
Di hari raya...

Anak rantau pulang keriangan
Lembu kerbau menjadi korban
Ayah bonda turut bergembira
Meriahnya hari bahagia

Berpakaian baru beraneka gaya
Bertudung manis si dara
Tertawanlah hati muda teruna
Mula bertanya

(Pak Lang, yang itu anak siapa tu)

Mana jauh kita dekat - dekatkan
Bertandang mesra bersembang tawa
Terkenang kisah yang lama

Mana dekat kita erat - eratkan
Terlanjur kata terlampau cara
Bermohon ampun di pinta

Bersyukur pada Tuhan
Bersenda teman taulan
Hulurlah keinsyafan
Salinglah bermaafan

*chorus

Indah Minal Aidzin Wal Faidzin
Menyuci zahir dan batin
Bahagia rasa sama rasa
Meriahnya di hari raya
Mail  |  Print  |  Vote

Meriah Suasana Hari Raya Lyrics

Siti Nurhaliza – Meriah Suasana Hari Raya Lyrics