Bermohon sembah... Sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Hamba puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

1
Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Tuan puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Sungguh terdengar bukan igauan
Antan bertingkah sahut-sahutan
Si anak muda pandang-pandangan
Tua melarang dalam senyuman

Malam mengemping terang cahaya
Riuh sekampung asyik bersenda
Walaupun datang dalam bayangan
Diri memandang minta berteman

(Ulang 1)

Satu rumpun bersatulah kata
Dua hati berpadulah jiwa
Tiga temu setia memangku
Empat pula sudah bersimpul satu

Mari adik mari abang (2 x)
Kecil besar tua muda (2 x)
Mari sama kasih sayang (2 x)
Moga hidup kan bahagia

Walau jauh walau dekat (2 x)
Sama-sama muafakat (2 x)
Datangnya sementara
Entah esok lusa kembali semula
Kembali semula
Correct  |  Mail  |  Print  |  Vote

Dikir Puteri Lyrics

Idris Noraniza – Dikir Puteri Lyrics

More Idris Noraniza lyrics