Lampu neon mentari limau mandarin,
Terpulanglah pada cermin kanta kita,
Dan bagaimana kita melihat.

Awan rumput bunga popi mentega,
Masa bukanlah adiotoriti,
Untuk menentukan hakikat.

Ah..... Kami dah sedar,
Betapa peritnya merdeka kepada kami.

[Chorus:]
Mama janganlah marah-marah,
Mama tolonglah percaya,
Ini bukan kerja mudah dan suka-suka,
Setiap zaman harus ada,
Cetusan tersendiri.

Piring terbang lelayang burung garuda,
Ada masa kita mereka-reka,
Bosan dengan hidup yang nyata.

Duyung pari-pari kuda unicorn,
Tunduk selalu kepala ditonjol,
Asyik dongak takut terlupa diri.

Ah..... Kami dah sedar,
Betapa peritnya merdeka kepada kami.....

Mama janganlah marah-marah,
Mama tolonglah percaya,
Ini bukan kerja mudah dan suka-suka,
Setiap zaman harus ada,
Coraknya.......

Ini bukan kerja mudah dan suka-suka,
Berilah peluang kepada kami,
Anakmu sendiri.......
Correct  |  Mail  |  Print  |  Vote

Mama Tolonglah Percaya Lyrics

Exist – Mama Tolonglah Percaya Lyrics