Tarudin Siti Nurhaliza - Nian Di Hati lyrics | LyricsFreak
Correct  |  Mail  |  Print  |  Vote

Nian Di Hati Lyrics

Tarudin Siti Nurhaliza – Nian Di Hati Lyrics

Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan
Seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang

Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata pun tak terbendung
Dikau kusanjung
Cinta suci terulung
Dijiwaku semakin ranum

C/O 1
Terpadamlah gundah dihati
Setenangnya air dikali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh berdiri

C/O 2
Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi

C/O 3
Kuyakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertahta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati...

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman
Umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan

Solo & C/O 1 & C/O 2 & C/O 3
Lagu: Azmeer
Lirik: Azam Dungun
Share lyrics
×

Nian Di Hati comments

More Tarudin Siti Nurhaliza lyrics