Sesuci... Di hening subuh sunyi
Sesuci... Terdengar nurani
Seuci... Salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... Terasa kesayuan
Lebaran... Takbir bersahutan
Lebaran... Memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Chorus:
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... Sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama-sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama-sama kita gembira
Correct  |  Mail  |  Print  |  Vote

Sesuci Lebaran Lyrics

Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran Lyrics